JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Rawatan Pembedahan Batin

Kategori: Perubatan
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 25 Muharram 1438 bersamaan 26 Oktober 2016 telah mengambil keputusan seperti berikut:


Tidak bersetuju dengan rawatan pembedahan batin kerana:

i. Ketiadaan bukti yang jelas dari segi pengiktirafan kepakaran untuk merawat pesakit.

ii. Adanya unsur penggunaan jin bagi tujuan rawatan.

iii. Ketidakpastian dari segi penyampaian maklumat kepada pesakit. Berlaku percanggahan dalam

pemberian maklumat antara kenyataan dalam blog pusat rawatan tersebut dengan jawapan yang

diberikan pengamal dalam sesi temubual yang dijalankan oleh bahagian penyelidikan.

iv. Kaedah rawatan yang tidak menepati syara’ yang boleh menimbulkan fitnah iaitu percampuran

tempat rawatan lelaki dan perempuan tanpa penghadang, sentuhan perawat lelaki ke atas pesakit

perempuan dan pendedahan aurat.



والله اعلم بالصواب


 

Klik disini untuk mencetak