JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Peralatan dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil 1/2015 yang bersidang pada 28-30 Julai 2015M / 12-14 Syawal 1436H di Bilik Beringgis, TH & Residence, Kota Kinabalu telah menyemak dan mengambil maklum Fatwa yang di buat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berhubung dengan “Penggunaan Peralatan dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)”. Sehubungan dengan perkara ini, Muzakarah telah bersetuju dan membuat ketetapan untuk mengguna pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 18 - 20 Februari 2013 di Hotel Kinta Riverfront Hotel& Suites, Ipoh, Perak tanpa pindaan seperti berikut:- 


  1. Muzakarah berpandangan bahawa isu bone china sintetik adalah isu baru dan tidak menjejaskan keputusan yang dibuat oleh Muzakarah mengenai hukum penggunaan  bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut syarak.
  2. Sehubungan  dengan  itu,  Muzakarah  bersetuju  hukum  yang  telah diputuskan tersebut dikekalkan dan perbincangan dengan pakar- pakar berkaitan berkaitan bone china sintetik boleh diatur sekiranya diperlukan




Klik disini untuk mencetak