JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Anak Tidak Sah Taraf

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Bahawasanya berdasarkan keputusan yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 26 September 2010 maka inilah diputuskan Fatwa untuk diguna pakai di negeri Kedah Darul Aman seperti yang berikut:


1.       Anak Tidak Sahtaraf mengikut Hukum Syarak ialah:


            (i)           Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina, rogol dan dia bukan daripada

persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.


          (ii)           Anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) qamariah dari waktu "imkan

ad-dukhul".


        (iii)           Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah (saat) qamariah dari waktu "imkan ad-

dukhul" selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya).


2. (i)  Anak Tidak Sahtaraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki sama ada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu, mereka tidak boleh mewarisi antara satu sama lain, tidak boleh menjadi mahram dan bapa tersebut tidak boleh menjadi wali kepada anak tersebut.


    (ii)   Jika lelaki tersebut berkahwin dengan ibu kepada anak tidak sah taraf itu, dan sabit persetubuhan maka hubungan anak tersebut dengan lelaki tersebut adalah seperti anak dengan bapa tiri dan mereka adalah mahram. 



Klik disini untuk mencetak