JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Barang Luqatah

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1996
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Cadangan melelong barang ‘luqatah’.

Jawatankuasa setelah mengkaji dengan teliti cadangan melelong barang-barang kemas yang diserah kepada Baitulmal bersetuju memberi pendapatnya bahawa tiada halangan bagi Majlis Agama Islam;


1. Menjual barang-barang kemas seperti yang disenaraikan itu dengan harga menurut nilai yang munasabah di atas anggapan bahawa tuan-tuan empunya barang itu tiada dapat dikesankan lagi dan tiada akan dituntut lagi yang mana barang-barang itu sudah menjadi sebagai “ مال ضائع“.


2. Akan hasil penjualan itu permasuk kedalam Baitulmal untuk dibelanjakan kepada maslahah orang Islam (مصالح المسلمين ).


3. Hendaklah ada satu senarai yang kemas kini yang menerangkan dengan terperinci tiap-tiap satu barang itu tentang cincin, sifatnya, emas atau perak atau lain-lain logam. Timbangannya, nilaiannya dan sebagainya untuk menjadi rujukan jika ada timbul tuntutan dari mana-mana orang pada belakang hari. 

Klik disini untuk mencetak