Barang Luqatah
Apakah hukum barang ‘Luqatah’ diserahkan kepada Tabung Khas Dana Negara?
Barang ‘Luqatah’ adalah barang amanah ke atas Baitulmal yang wajib dipelihara dan dikembalikan apabila dituntut oleh tuan empunyanya dan jika Baitulmal berpuas hati atau mempercayai tiada ada lagi tuntutan ke atas barang ‘Luqatah’ setelah mengambil tindakan-tindakan yang perlu seperti yang digariskan oleh syarak bolehlah ia menggunakannya kepada maslahat orang-orang Islam, itupun kalau ada tuntutan selepas itu maka wajib di atasnya mengembalikan kepada yang memilikinya harga yang senilai dengan barang ‘luqatah ’ itu.
Dengan sebab-sebab yang disebutkan itu maka jawatankuasa berpendapat adalah tiada harus pada syarak diserahkan barang luqatah kepada Tabung Khas Dana Negara itu kerana bila diserahkan maka tiada lagi dapat dikembalikan kepada pemiliknya bila ada tuntutan kelak.