Ajaran Tok Mat Janggut
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2015 yang bersidang pada 29 April 2015 telah membincangkan tentang hukum mengenai Ajaran Tok Mat Janggut menurut pandangan syarak dan memutuskan seperti berikut:
1. Muhamad Bin Othman (Tok Mat Janggut) telah menyeleweng daripada pendekatan biasa yang digunakan oleh ulama dalam pengajian akidah Islam bagi mengenal Allah S.W.T. iaitu dengan mengkehendaki semua orang mesti mengenal Allah s.w.t melalui kaedah yang dibawa olehnya, iaitu setiap orang perlu mengenal hakikat Allah S.W.T. iaitu sebagaimana yang terkandung dalam ungkapan “wa ma rabbu al-`Alamin”. Beliau juga menolak bahawa kaedah mengenal Allah S.W.T. menerusi pengajian sifat 20.
2. Dia telah mewajibkan setiap orang agar mempelajari ilmu ketuhanan menurut pendekatan beliau, sedangkan mengikut ulama Ahlu Sunnah Wal Jama`ah seperti Imam al-Ghazali, orang awam hanya dikehendaki mentasdiqkan Allah S.W.T. berdasarkan dalil-dalil yang mudah difahami sahaja dan mereka hanya patut menumpukan perhatian kepada aspek amal ibadat tanpa dibebankan dengan kewajipan memahami pendalilan akal yang rumit dan sukar difahami.
3. Dia menyatakan Allah S.W.T. dengan menggunakan ungkapan ما sebagai ganti nama kepada Allah S.W.T. berpandukan ayat 23, surah al-Syuara': قال فرعون وما رب العالمين iaitu Allah disifatkan sebagai apa. Dia seorang jahil tentang agama dan tidak memahami bahasa Arab.
4. Dia menggunakan ungkapan ما ربك yang sebenar tiada lafaz tersebut di dalam hadis-hadis berkaiatan soalan yang ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur, iaitu malaikat menyoal hamba dengan ungkapan مَن ربك sedangkan ayat di atas adalah merupakan ungkapan ayat yang digunakan oleh Firaun terhadap Nabi Musa a.s. yang dinukilkan dalam al-Quran.
5. Ungkapan “ma rabbuka” sebenarnya tiada dalam lafaz hadis yang sahih kerana ungkapan yang betul ialah “man rabbuka” dan di antara Hadis Nabi s.a.w yang dimaksudkan ialah;
(a) عن البراء بن عازب حينما تكلم النبي - صلى الله عليه وسلم - عن المؤمن وتعرضه للفتنة في القبر فقال: ((فيأتيه ملكان شديدَا الانتهار، فيَنتهرانه ويُجلسانه، فيقولان له: مَن ربك؟ ما دينك؟ من نبيك؟ وهي آخر فتنة تعرض على المؤمن، فذلك حين يقول الله - عز وجل -: ﴿ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ ﴾ [إبراهيم: 27]، فيقول: ربي الله، وديني الإسلام، ونبيِّي محمد - صلى الله عليه وسلم - فينادي منادٍ من السماء أن صدق عبدي))؛ (السلسلة الصحيحة: 3/1391)
(b) عن أبي قتادة - رضي الله عنه - في قوله تعالى: ﴿ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ﴾ [إبراهيم: 27]، قال: "إن المؤمن إذا مات أُجْلس في قبره، فيقال له: مَن ربُّك؟ فيقول: الله - عز وجل، فيقال له: مَن نبيك؟ فيقول: محمد بن عبدالله - صلى الله عليه وسلم - فيقال له ذلك مرات، ثم يُفتح له باب إلى النار، فيقال له: انظر إلى منزلك من النار لو زغت، ثم يُفْتح له باب إلى الجَنَّة، فيقال له: انظر إلى منزلك من الجَنَّة إذ ثبتَّ، وإذا مات الكافر أُجْلس في قبره، فيقال له: من ربك؟ ومن نبيك؟ فيقول: لا أدري، كنت أسمع الناس يقولون، فيقال له: لا دريت، ثم يُفْتح له باب إلى الجَنَّة، فيقال له: انظر إلى مجلسك من الجَنَّة لو ثبتَّ، ثم يُفتح له باب إلى النار فيقال له: انظر إلى منزلك من النار إذ زغت، فذلك قوله تعالى: ﴿ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ﴾ [إبراهيم: 27]"
6. Dia menggunakan ungkapan "tubuh Allah" yang digunakan dalam pengajarannya. Kenyataan ini adalah tidak layak bagi Allah S.W.T., walaupun beliau menafikan Tuhan adalah sama dengan makhlukNya. Ini kerana Allah S.W.T. tidak berjisim. Perkara ini telah dijelaskan dalam kitab al-Luma', karangan Abu Hassan As-Sya'ari (terjemahan), “ Masalah : sekiranya seseorang berkata atau bertanya, "kenapakah kamu mengingkari (tidak menerima) bahawa Allah S.W.T. itu adalah jisim? "Dikatakan (dijawab) baginya, "kami mengingkarinya kerana orang yang berpendapat bahawa Allah s.w.t berjisim (pastinya menisbahkan Allah S.W.T) dengan panjang, lebar dan luas (ini sifat-sifat bagi jisim). "Sedangkan (penisbahan Allah s.w.t) dengan panjang, lebar, luas dan dalam adalah tidak harus (haram kerana menyerupai makhluk). Demikian juga berhimpun dan (bercerai) yang biasanya disebut sebagai ciri-ciri jisim tidak harus (dinisbahkan kepada Allah S.W.T), dan jika dia kehendaki (dengan soalannya tadi), kenapakah tidak kamu namakan dia (Allah S.W.T) itu sebagai jisim walaupun tidaklah ia (Allah S.W.T) itu panjang, lebar an berhimpun? Maka (jawabnya) nama-nama itu tidaklah boleh (disandarkan) kepada kita. Dan tidaklah harus kitanamakan Allah S.W.T itu dengan satu nama yang Allah S.W.T sendiripun tidak menamakan zatNya dengan nama tersebut, dan tidak juga Rasulnya menamakan sebegitu, dan tidak jugaumat Islam ijma' atasnya dan tidak juga atas pengertiannya..."
7. Dia menyatakan zat Allah s.w.t menyelinap masuk atau sebati atau meliputi dengan segala zat yang baharu (kena jadi) berdalilkan dari surah Al-Nisa’ ayat 126 :
Maksudnya : Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi dan Allah sentiasa meliputi (pengetahuannya dan kekuasannya) akan tiap-tiap sesuatu.
8. Dia memperlekehkan ulama' Usuluddin dan kitab-kitab mereka yang muktabar.
9. Menolak penggunaan kaedah hitungan Ilmu Falak dalam menetukan waktu solat dan puasa sebaliknya menggunakan kaedah melihat (rukyah) semata-mata.
10. Ajaran ini mengandunigi penyelewengan dari sudut Aqidah dan Syariah serta perlu dihalang kerana ia membawa kekeliruan kepada masyarakat berdasarkan kaedah sadd al-zara'i. Pendekatan yang dibawa juga bercanggah dengan pendekatan ulama yang menyatakan bahawa kaedah untuk mengenal Allah S.W.T. mestilah mengikut tahap kemampuan akal manusia. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam yang telah mempelajari dan mengamalkan ajaran Muhammad bin Othman (Tok Mat Janggut) di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkannya dan segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
Tarikh Warta: 21 Julai 2016
No. Warta: 15
Pembatalan:
Fatwa Mengenai "Ajaran Tok Mat Janggut" yang disiarkan dalam Pemberitahuan Warta No. 157 bertarikh 8 Jun 2000 dibatalkan menurut kuasa subseksyen 50(1) Enakmen 2.