JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Buku "Tiang Agama"

Kategori: Akidah
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 5 Mei 2000 telah membincangkan mengenai Buku "Tiang Agama" dan memutuskan seperti berikut:


1. Bahawa isi kandungan buku “Tiang Agama” adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pengangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah” dan menjadi ancaman kepada perpaduan umat, keutuhan, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.


2. Isi kandungan buku ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di negeri Pulau Pinang berdasarkan percanggahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam buku tersebut khususnya dari sudut akidah.


Penyelewengan Dari Sudut Akidah


(i) Mempertikailan dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh orang Islam.

(Sila Lihat buku “Tiang agama” muka surat 3,5,6,7,8,9,10,11,18,23)


(ii) Menghina sahabat nabi SAW.

(sila lihat buku “tiang agama” muka surat 5.6,7,9,12,14,15,17,28,29)


(iii) Tidak merujuk kepada tafsir-tafsir al-Quran.

(sila lihat buku “tiang agama” muka surat 32)


(iv) Menghina pegangan dan iktikad ahli sunnah wal Jama’ah

(sila lihat buku “tiang agama” muka surat 3,11,33,34)


(v) Menghina Empat mazhab asas dalam islam

(sila lihat buku “tiang agama” muka surat 33,34)


(vi) Mengehadkan fungsi dan peranan Rasulullah SAW kepada hanya penyampai ayat-ayat al-quran.

(sila lihat buku “tiang agama” muka surat 9)


3. Oleh itu, hanya-hanya orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada isi kandungan buku tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bertentangan pegangan ahli sunnah wal Jama’ah. Larangan ini meliputi :


(a) Untuk mengajar, mempelajari, menggamal, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku “tiang agama”; atau 


(b) Untuk menerbit apa-apa bentuk, versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas apa-apa bahan , sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran isi kandungan buku tersebut.



Tarikh Warta: 8 Jun 2000

No. Warta: 158

Klik disini untuk mencetak