JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Buku Solat Ahlul Sunnah Yang Tidak Mengikut Al-Quran

Kategori: Akidah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 12 April 2002 telah membincangkan mengenai Buku Solat Ahlul Sunnah Yang Tidak Mengikut Al-Quran (Jawapan Kepada Geng Anti-Ulama') dan memutuskan seperti berikut:


1. Bahawa isi kandungan Buku Solat Ahlul Sunnah Yang Tidak Mengikut Al-Quran (Jawapan Kepada Geng Anti-Ulama') adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pengangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah serta menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.


2. Isi kandungan buku ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan percanggahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam buku tersebut khsusnya dari sudut Akidah dan Syariah Islam.


3. Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada isi kandungan buku tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi :


(a) Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam Buku Solat Ahlul Sunnah Yang Tidak Mengikut Al-Quran (Jawapan Kepada Geng Anti-Ulama') ; atau


(b) Untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran isi kandungan buku tersebut.



Tarikh Warta: 9 Mei 2002

No. Warta: 10

Klik disini untuk mencetak