JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Pengharaman Buku-Buku Tulisan Rasul Dahri

Kategori: Akidah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 30 Disember 2003 telah membincangkan mengenai Buku-Buku Tulisan Rasul Dahri dan memutuskan seperti berikut:


1. Bahawa buku-buku tulisan Encik Rasul Dahri adalah diharamkan di Negeri Pulau Pinang sebagaimana pengharamannya di peringkat kebangsaan.


2. Buku-buku tersebut adalah :


(i) Tajuk ; Bahaya Taqlid Buta Dan Ta'sub Mazhab

   Penulis : Rasul Dahri

   Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu


(ii) Tajuk : Imam Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah Tahlilan, Yasinan Dan Selamatan

    Penulis : Rasul Dahri

    Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu


(iii) Tajuk : Amalan-Amalan Bid'ah Pada Bulan Sya'ban

    Penulis : Rasul Dahri

    Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu


(iv) Tajuk : Hukum Mengenai Rokok Dan Mencukur Janggut

    Penulis : Rasul Dahri

    Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu


(v) Tajuk : Bahaya Tariqat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat

   Penulis : Rasul Dahri

   Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu


(vi) Tajuk : Setiap Bid'ah Menyesatkan

    Penulis : Rasul Dahri

    Penerbit : Pertniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu


(vii) Tajuk : Persoalan Bid'ah Dan Percanggahannya

     Penulis : Rasul Dahri 

     Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu


3. Pengharaan buku-buku ini adalah kerana didapati boleh :


(i) Bercanggah dengan Garis panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam.


(a) (i) Memprogandakan akidah, hukum dan jaran yang bercanggah dengan Mazhab Ahli   Sunnah Wal Jama’ah.

  (ii) Menyebarkan kenyataan yang menggemparkan fikiran orang ramai dan menimbulkan keraguan dan kegelisahan masyarakat awam.


4. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar kandungan buku tersebut adalah dilarang sama sekali.


5. Pengharaman ini juga meliputi untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran dan isi kandungan buku-buku tersebut.


Tarikh Warta: 15 Januari 2004

No. Warta: 50

Klik disini untuk mencetak