JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Ajaran Tok Husin Janggut/Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 7 Januari 2010 telah membincangkan mengenai Ajaran Tok Husin Janggut/Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana dan memutuskan seperti berikut:


Bahawa Ajaran Tok Husun Janggut / Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut dan orang Islam yang menggamalkannya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Di antara cirri-ciri ajaran ini ialah :


(i) Tidak menggamalkan Syariat Islam seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan lain-lain;


(ii) Merasakan dirinya telah mencapai tahap martabat atau darjat ”ilmu hakikat” iatu suati tahap di mana diri telah menjadi suci dan tidak perlu lagi melakukan ibadah sembahyang;


(iii) Berpegang dan menjadikan kitab ad Dur an Nafis sebagai rujukan utama (buku ini dari sudut akidah telah menyeleweng dari pengangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan telah diwartakan haram oleh JAKIM kerana berpegang dengan ajaran Wahdatul Wujud) dan juga kitab Syarh Usul al Tahqiq sebagai kitab rujukan kedua;


(iv) Mengatakan dirinya tuhan seperti pengakuan yang dibuat olehnya dalam sesi soal siasat bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Mufti, seperti “Yang dok bercakap nil ah Tuhan / Allah….”


(v) Berpegang kepada konsep La Haula Wala Quwata I’la Billah al-A’liy al-A’zim iaitu manusia tiada daya upaya untuk bergerak hattan walaupun untuk pergi membuang air besar. Semuanya berlaku adalah kerana wujudnya Allah dalam diri manusia sehinggakan di dalam diri binatang sekalipun;


(vi) Mengaku dirinya sudah tidak mempunyai iman / tidak beriman;


(vii) Berpegang kepada konsep Wahdatul Wujud iaitu menyamakan sifat dan zat Allah dengan benda baru atau makhluk ciptaan-Nya sedangkan Allah bersifat ليس كمثله شئ :


(viii) Manusia tidak boleh menyebut kalimah Allah kerana sekiranya disebut akan menjadi syirik; dan


(ix) Mempersoalkan kalimah “Allah” sama ada Ia disembah pada namanya “Allah” atau pada hurufnya “alif lam lam ha”


Tarikh Warta: 29 April 2010

No. Warta: 239

Klik disini untuk mencetak