JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2009 yang bersidang pada 22 Oktober 2009 telah membincangkan mengenai Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari dan memutuskan seperti berikut:


1. Bahawa Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut dan orang Islam yang menggamalkannya boleh dikenakan undang-undang. Di antara cirri-ciri ajaran ini ialah :


(i) Menyerah diri, anak, isteri dan harta kepada Rasulnya atau penggantinya yang berada di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang;

(ii) Tidak perlu sembahyang kerana Allah akan bersama-sama / berserta tubuh badan kita, iaitu apabila mngucap; 

(iii) Menolak lapan buah hadis mengenai perkara Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w. iaitu mengenai pensyariatan atau kewajipan menunaikan solat lima waktu dan menggangap hadith tersebut adalah bohong dan rekaan sahaja;

(iv) Islamnya seseorang itu hanya sah apabila dia berjumpa dengan Rasul di Kampung Seronok;

(v) Menggagap dirinya (Haji Ahmad Matahari atau Haji Muhammad Syafie) sebagai pengganti Rasulullah s.a.w setelah baginda wafat;

(vi) Menggangap Kitab Al-Quran adalah karangan manusia dan mushaf yang sebenar dan asli hanya dimiliki oleh Rasul di Pulau Pinang;

(vii) Beranggapan bahawa hari Jumaat merupakan hari pertemuan Nabi Adam dan Hawa yakni waktu berjimak pada waktu Zohor;

(viii) Melakukan upacara ratib;

(ix) Menunaikan haji hanyalah cukup atau sekadar dengan mendaki Bukit Payong di Byan Lepas, Pulau Pinang;

(x) Bernikah secara batin;

(xi) Beriktikad bahawa dalam diri manusia mempunyai 2 perkara iaitu diri batin dan diri zahir;

(xii) Percaya bahawa ala mini bersifat qadim dan bukannya baru;

(xiii) Ayat-ayat Al-Quran ditafsirkan mengikut nafsu dirinya sendiri;

(xiv) Menolak beberapa perkara ghaib seperti wujudnya syurga, neraka dan hari kiamat;

(xv) Sembahyang dilakukan secara niat dan tidak perlu kepada perbuatan dan bacaan (fe’li dan qauli)

(xvi) Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum; dan

(xvii) Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;


2. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah.


3. Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.


Tarikh Warta: 9 Disember 2010

Klik disini untuk mencetak