JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Zakat Penggajian

Kategori: Zakat
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang pada 2 April 2001 telah membincangkan mengenai Zakat Penggajian dan memutuskan seperti berikut:


1. Zakat ke atas pendapatan dan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.


2. Penggajian adalah bayaran yang dierima oleh seseorang sebagai gaji atau upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk elaun dan imbuhan atau bonus daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional dan bukan profesional.


Tarikh Warta: 26 April 2001

No. Warta: 132

Klik disini untuk mencetak