Fatwa Penggunaan Vaksin Menactra
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2015 yang bersidang pada 7 April 2015 bersamaan 17 Jumadal Akhir 1436H berkaitan Fatwa Penggunaan Vaksin Menactra memutuskan bahawa:
Vaksin Menactra tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui daripada aspek syarak serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produkvaksin yang tidak halal. Oleh itu penggunaan atau pengambilan Vaksin Menactra adalah diharuskan.
Sumber: