JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariah (KWSP-ISLAMIK)

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-4/2015 yang bersidang pada 19 Oktober 2015 bersamaan 6 Muharram 1437H berkaitan Fatwa Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariah (KWSP-ISLAMIK) memutuskan bahawa:


  1. KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke dalam KWSP-Islamik;
  2. Pencarum yang beragama Islam wajib mencarum dalam akaun KWSP-Islamik; dan
  3. Pihak KWSP hendaklah mengamalkan pelaburan yang patuh syariah.
Klik disini untuk mencetak