Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 1/2006 yang bersidang pada 21 Februari 2006 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:
Amalan merayakan perayaan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalan yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Orang Islam yang bertindak dengan cara menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufi yang dinyatakan atau dibenarkan melalui fatwa ini, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995
Sumber: