JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembiayaan Peruntukan Dana Zakat Bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Untuk Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor Dan Anak Syarikat

Kategori: Zakat
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2006 yang bersidang pada 18 April 2006 telah membincangkan tentang Pembiayaan Peruntukan Dana Zakat Bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Untuk Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor Dan Anak Syarikat. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:


Tidak harus menggunakan peruntukan zakat bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan untuk kakitangan lantikan Majlis Agama Islam Selangor dan anak syarikat melainkan kakitangan berkenaan termasuk dalam golongan asnaf yang perlu diberi bantuan. Adalah dicadangkan supaya pihak MAIS melantik kakitangan yang sedia mempunyai kepakaran dalam bidang yang diperlukan. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/720-fatwa-pembiayaan-peruntukan-dana-zakat-bagi-skim-latihan-dalam-perkhidmatan-untuk-kakitangan-lantikan-majlis-agama-islam-selangor-dan-anak-syarikat

Klik disini untuk mencetak