Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Skim Pelan Takaful Berkelompok Bagi Menggantikan Pelan Persaraan Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2006 yang bersidang pada 18 April 2006 telah membincangkan Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Skim Pelan Takaful Berkelompok Bagi Menggantikan Pelan Persaraan Kakitangan Lantikan Majlis Agama Islam Selangor. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:
Tidak harus menggunakan peruntukan zakat untuk Pembiayaan Skim Pelan Takaful Berkelompok bagi menggantikan Pelan Persaraan kakitangan lantikan Majlis Agama Islam Selangor dan mencadangkan supaya pembiayaan tersebut menggunakan peruntukan Baitul Mal.
Sumber: