JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Bayaran Emolumen Pegawai Kontrak Majlis Agama Islam Selangor

Kategori: Zakat
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan Pembiayaan Peruntukan Zakat Untuk Bayaran Emolumen Pegawai Kontrak Majlis Agama Islam Selangor. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


i. Jawatan yang dikategorikan menepati asnaf fii sabilillah ialah semua kakitangan yang ditempatkan di Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pengurusan Masjid, Bahagian Pengurusan Dakwah, Masjid Negeri Selangor, Institut Latihan dan Dakwah Selangor, Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan Majlis Agama Islam Selangor, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman Majlis Agama Islam Selangor Dan Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor.


ii. Manakala jawatan yang tidak menepati asnaf fii sabilillah ialah di Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Pengurusan Jabatan Agama Islam, Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Teknologi Maklumat Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Perundangan Syara’ Jabatan Agama Islam Selangor dan Bahagian Sistem Maklumat di Jabatan Mufti Negeri Selangor.


iii. Bagi mengatasi beberapa jawatan yang tidak menepati asnaf fi sabilillah disyorkan supaya Majlis Agama Islam Selangor membayar emolumen kakitangan tersebut dengan wang Baitul Mal atau peruntukan geran dari Kerajaan Negeri.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/722-fatwa-pembiayaan-peruntukan-zakat-untuk-bayaran-emolumen-pegawai-kontrak-majlis-agama-islam-selangor

Klik disini untuk mencetak