JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembiayaan Elaun Kakitangan Kompleks Wawasan Balkis dan Menggunakan Wang Zakat Dari Dana Riqab

Kategori: Zakat
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan Pembiayaan Elaun Kakitangan Kompleks Wawasan Balkis dan Menggunakan Wang Zakat Dari Dana Riqab. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


i. Tidak harus menggunakan wang zakat dari dana riqab untuk pembiayaan elaun kakitangan kompleks BALKIS. Ini adalah kerana kakitangan yang bertugas tidak termasuk di dalam asnaf riqab. Adalah disyorkan supaya Majlis Agama Islam Selangor membayar elaun kakitangan tersebut dengan wang Baitul Mal atau peruntukan geran dari kerajaan Negeri.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/724-fatwa-pembiayaan-elaun-kakitangan-kompleks-wawasan-balkis-dan-menggunakan-wang-zakat-dari-dana-riqab

Klik disini untuk mencetak