JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pelantikan Hakim Syar’ie Wanita

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan Hukum Pelantikan Hakim Syar’ie Wanita. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut: 


i. Wanita tidak harus memegang jawatan sebagai hakim syar’ie. Ini berdasarkan dalil-dalil seperti berikut maksudnya: “ Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal bertanggungjawab terhadap kaum wanita oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaannya) atas orang-orang perempuan. Dan juga kerana orangorang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Manakala sabda Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wassalam : bermaksud “ sesuatu bangsa yang dipimpin oleh wanita tidak akan berjaya ”.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/725-hukum-pelantikan-hakim-syar-ie-wanita

Klik disini untuk mencetak