Hukum Wine Vinegar (cuka wain)
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2006 yang bersidang pada 26-27 Jun 2006 telah membincangkan Hukum Wine Vinegar (cuka wain). Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:
Bahawa haram menggunakan cuka wain (Wine Vinegar) atau seumpamanya yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain atau seumpamanya kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.
Sumber: