JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Wang Skim Saham Wakaf Selangor dan Wang Manfaat Wakaf Selangor

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2006 yang bersidang pada 5 September 2006 telah membincangkan Penggunaan Wang Skim Saham Wakaf Selangor dan Wang Manfaat Wakaf Selangor. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


i. Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian atau pembiayaan aset kekal. Manakala Wang Manfaat Wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor.


ii. Majlis Agama Islam Selangor disaran untuk mengasingkan antara pecahan perbelanjaan aset wakaf dengan perbelanjaan wang Manfaat Wakaf yang keseluruhannya sebanyak 22 item sepertimana yang dicadangkan, agar penggunaanya nanti lebih tepat dan jelas. Di samping itu, hendaklah dipastikan bahawa item yang telah termasuk dalam asnaf zakat seperti fakir, miskin dan fii sabilillah tidak terkandung dalam item perbelanjaan Wang Manfaat Wakaf. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/727-fatwa-penggunaan-wang-skim-saham-wakaf-selangor-dan-wang-manfaat-wakaf-selangor

Klik disini untuk mencetak