JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menggunakan Debu Tanah Tayammum Yang Telah Disterilkan (Dinyahkuman)


Kategori: Ibadah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2006 yang bersidang pada 5 September 2006 telah membincangkan Hukum Menggunakan Debu Tanah Tayammum Yang Telah Disterilkan (Dinyahkuman). Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


i. Harus menggunakan debu tanah yang telah disterilkan (dinyahkuman) dengan menggunakan proses irradiasi untuk kegunaan bertayammum.


ii. Sah bertayammum dengan menggunakan debu tanah yang telah disterilkan kerana ianya menepati Syariat Islam. Walau bagaimanapun, syarikat pengeluar dinasihatkan agar menggunakan pek yang lebih kecil (satu pek bagi setiap kegunaan) agar kegunaannya lebih kompetitif sesuai dengan syarat sah tayammum. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/729-hukum-menggunakan-debu-tanah-tayammum-yang-telah-disterilkan-dinyahkuman

Klik disini untuk mencetak