Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2006 yang bersidang pada 2 Oktober 2006 telah membincangkan Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :
i. Islam menitikberatkan kebersihan namun produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal di makan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudarat, penggunaannya adalah dilarang oleh Islam.
ii. Oleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudaratan kepada manusia adalah haram digunakan.
Sumber: