JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat


Kategori: Ibadah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2006 yang telah bersidang pada 12 Disember 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


(i) Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peraturan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah penggunaan dilakukan mengikut syara’.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/757-hukum-melakukan-samak-najis-mughallazah-menggunakan-sabun-tanah-liat

Klik disini untuk mencetak