JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2014 yang bersidang pada 8 April 2014 bersamaan 8 Jamadil akhir 1435H berkaitan Fatwa Pendermaan Jasad Si mati Untuk Tujuan Penyelidikan memutuskan bahawa:


Pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut:-


i. Prinsip kemuliaan mayat dan kewajiban menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah:


Asal fil'ardul tahrim


Maksudnya: asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan.


Kaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis nabi s.a.w:


إنَّ دِماءَكُم، وأمْوالَكم وأعْراضَكُم حرامٌ عَلَيْكُم كَحُرْمة يومِكُم هَذَا، في شهرِكُمْ هَذَا، في بلَدِكُم هَذَا


Maksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulankamu ini, negeri kamu ini. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


ii. Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaan adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut.


iii. Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau darurat kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada.


Sumber: http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2014/610-fatwa-pendermaan-jasad-si-mati-untuk-tujuan-penyelidikan

Klik disini untuk mencetak