JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Asal Usul Tiupan Rouse dan Last Post Dalam Angkatan Tentera Malaysia

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-2/2014 yang bersidang pada 8 April 2014 bersamaan 8 Jamadil akhir 1435H berkaitan Fatwa Asal Usul Tiupan Rouse dan Last Post Dalam Angkatan Tentera Malaysia memutuskan bahawa:


i. Tiupan Rouse dan Last Post tidak mengandungi unsur syirik, tasyabbuh dan tidak bersumberkan kepada amalan agama Kristian atau Yahudi.


ii. Jawatankuasa juga berpandangan bahawa walaupun muzik atau bunyi-bunyian tiada halangan di dalam Islam, tetapi ia dibenarkan selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam hal lain, jawatankuasa menegaskan bahawa penggunaan bunyi-bunyian atau muzik tidak perlu dilaksanakan dalam pengurusan jenazah orang Islam sama ada tentera atau sebagainya.

Klik disini untuk mencetak