Hukum Minum Ucap Selamat (Drinking A Toast) Dalam Majlis Makan Beradab Angkatan Tentera Malaysia
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-4/2014 yang bersidang pada 16 Disember 2014 bersamaan 23 Safar 1436H berkaitan Hukum Minum Ucap Selamat (Drinking A Toast) Dalam Majlis Makan Beradab Angkatan Tentera Malaysia memutuskan bahawa:
Hukum Acara Minum Ucap Selamat (Drinking a Toast) seperti yang dilakukan dalam Majlis Makan Beradab oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah dilarang oleh syarak kerana ini sememangnya tidak keselarian dengan Islam. Mengucapkan selamat dan kesejahteraan yang terbaik adalah dengan mendoakan seseorang atau menyebut nama mereka tanpa diikuti dengan perbuatan atau ritual tradisi agama atau budaya lain.
Sumber: