Penjualan Produk Menggunakan Ayat Rukyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersil
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 7 Disember 2015 Kali Ke 4/2015 telah membincangkan Penjualan Produk Menggunakan Ayat Rukyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersil. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sesuatu produk menggunakan perkataan makanan sunnah untuk tujuan komersil adalah dilarang kerana dibimbangi berlakunya unsur penipuan terhadap produk-produk tersebut.
Sumber: