JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengurangan Kadar Cukai Bagi Tanah Dan Harta Wakaf Majlis Agama Islam Selangor (Mais)


Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 1/2007 yang bersiadang pada 6 Mac 2007 telah membincangkan tentang Pengurangan Kadar Cukai Bagi Tanah Dan Harta Wakaf Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Mesyuarat telah memutuskan supaya tanah dan harta wakaf milik MAIS diberi pengecualian daripada cukai berdasarkan sebab berikut:


(i) Bahawa tanah dan harta wakaf tersebut tidak dikomersial untuk tujuan keuntungan.


(ii) Bahawa tanah dan harta wakaf tersebut bukan milik peribadi dan sekiranya terdapat keuntungan, ianya untuk tujuan kemaslahatan umat Islam negeri ini.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/758-fatwa-pengurangan-kadar-cukai-bagi-tanah-dan-harta-wakaf-majlis-agama-islam-selangor-mais

Klik disini untuk mencetak