Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swisscash Mutual Fund
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2007 yang telah bersidang pada 24 April 2007 telah membincangkan Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swisscash Mutual Fund. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:
Pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar Negara seperti Swisscash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar. Oleh itu, umat Islam dilarang terlibat dengan pelaburan seumpama ini kerana banyak alternatif lain yang berlandaskan yang boleh disertai oleh umat Islam.
Sumber: