JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2007 yang bersidang pada 22 Mei 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:


Pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/762-hukum-penggunaan-ayat-ayat-suci-al-quran-dan-laungan-azan-dalam-nada-dering-dan-paparan-skrin-di-dalam-telefon-bimbit

Klik disini untuk mencetak