JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Penjualan Air Zam-Zam


Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2007 yang bersidang pada 22 Mei 2007 telah membincangkan Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:


Berdasarkan nas-nas daripada hukum syara’, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walau bagaimanapun, pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.


*Nota: Fatwa ini berkaitan dengan Fatwa Hukum Penjualan Air Zam-zam yang telah diwartakan pada 31 Julai 2014.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/763-hukum-penjualan-air-zam-zam

Klik disini untuk mencetak