JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menyediakan Simpanan RM20 Juta Setiap Tahun Majlis Agama Islam Selangor (Mais)


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2007 yang bersidang pada 7 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Menyediakan Simpanan RM20 Juta Setiap Tahun Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Mesyuarat telah memutuskan bahawa:


Tidak harus menyediakan simpanan RM20 juta setiap tahun dari kutipan zakat melainkan jika terdapat zakat berlebihan (Mal al-Faid) yang tidak disengajakan. Sekiranya berlaku demikian maka keharusan hanya setakat jumlah kali pertama sahaja dan wang itu hendaklah disimpan dalam tabung pelaburan halal yang boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk kegunaan asnaf yang ditetapkan oleh syara’. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/766-hukum-menyediakan-simpanan-rm20-juta-setiap-tahun-majlis-agama-islam-selangor-mais

Klik disini untuk mencetak