JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Penggunaan Kemudahan Awam Seperti Dewan Serbaguna / Kompleks Komuniti Dalam Melaksanakan Kegiatan Masyarakat Oleh Masyarakat Setempat


Kategori: Lain-lain
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2007 yang bersidang pada 7 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Kemudahan Awam Seperti Dewan Serbaguna / Kompleks Komuniti Dalam Melaksanakan Kegiatan Masyarakat Oleh Masyarakat Setempat. Mesyuarat telah berpandangan bahawa:


Penggunaan kemudahan awam seperti dewan serbaguna / kompleks komuniti boleh digunakan oleh semua pihak. Adalah disarankan supaya sebarang kegiatan atau acara yang dilaksanakan di tempat tersebut hendaklah dipastikan sentiasa memelihara keharmonian masyarakat di samping menjaga sensitiviti agama / kefahaman. Oleh yang demikian satu garis panduan / peraturan hendaklah diwujudkan. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/768-hukum-penggunaan-kemudahan-awam-seperti-dewan-serbaguna-kompleks-komuniti-dalam-melaksanakan-kegiatan-masyarakat-oleh-masyarakat-setempat

Klik disini untuk mencetak