JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembiayaan Elaun Tetap Bulanan Dan Elaun Kehadiran Mesyuarat Mais Serta Elaun Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Mais Dengan Menggunakan Peruntukan Asnaf Fi Sabilillah


Kategori: Zakat
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2007 yang bersidang pada 15 november 2007 telah membincangkan Pembiayaan Elaun Tetap Bulanan Dan Elaun Kehadiran Mesyuarat Mais Serta Elaun Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Mais Dengan Menggunakan Peruntukan Asnaf Fi Sabilillah. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :


(i) Harus menggunakan peruntukkan asnaf Fi Sabilillah bagi Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor, Jawatankuasa Tauliah, Jawatankuasa Pendidikan Islam, Jawatankuasa Undang-Undang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Jawatankuasa Pengurusan Aqidah dan Jawatankuasa Falak.


(ii) Elaun tetap dan elaun kehadiran Mesyuarat MAIS, Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah (JAKESS) hendaklah menggunakan peruntukan Baitulmal.


(iii) Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor hendaklah dibiayai melalui peruntukan pengeluaran sijil halal manakala Jawatankuasa Qariah dibiayai melalui peruntukan khas EXCO Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam yang sedia ada. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/769-fatwa-pembiayaan-elaun-tetap-bulanan-dan-elaun-kehadiran-mesyuarat-mais-serta-elaun-jawatankuasa-jawatankuasa-tetap-mais-dengan-menggunakan-peruntukan-asnaf-fi-sabilillah

Klik disini untuk mencetak