JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pembiayaan Peruntukan Dana Zakat Bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Khas Bagi Peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Untuk Pegawai-Pegawai Majlis Agama Islam Selangor


Kategori: Zakat
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2007 yang bersidang pada 15 november 2007 telah membincangkan Hukum Pembiayaan Peruntukan Dana Zakat Bagi Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Khas Bagi Peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Untuk Pegawai-Pegawai Majlis Agama Islam Selangor. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :


(i) Harus menggunakan peruntukan dana zakat untuk membiayai skim latihan dalam perkhidmatan bagi bidang yang amat diperlukan oleh MAIS setakat menampung kekurangan kos sahaja.


(ii) Keutamaan kursus dan pengajian hendaklah yang disediakan di dalam negeri.


sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2007/770-hukum-pembiayaan-peruntukan-dana-zakat-bagi-skim-latihan-dalam-perkhidmatan-khas-bagi-peringkat-sijil-diploma-sarjana-muda-sarjana-dan-kedoktoran-ph-d-untuk-pegawai-pegawai-majlis-agama-islam-selangor

Klik disini untuk mencetak