Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2008 yang bersidang pada 8 april 2008 telah membincangkan Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:
Membangunkan Tanah Wakaf Khas khususnya Wakaf Masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan Syariah Islam.
Sumber: