JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menggunakan Wang Tabung Masjid Bagi Pembayaran Saguhati Ahli Jawatankuasa Masjid Yang Menghadiri Kursus


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 3/2008 yang bersidang pada 10 Jun 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Wang Tabung Masjid Bagi Pembayaran Saguhati Ahli Jawatankuasa Masjid Yang Menghadiri Kursus. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


(i) Harus menggunakan wang tabungan masjid selain tabungan yang khusus bagi pembayaran saguhati kepada ahli Jawatankuasa Masjid yang menghadiri kursus;


(ii) Kadar pembayaran saguhati hendaklah mengikut kadar yang munasabah. Bagi ahli Jawatankuasa Masjid yang tidak mempunyai pendapatan tetap, kadar pembayaran saguhati adalah merangkumi elaun sara hidup sepanjang kehadirannya berkursus;


(iii) Sekiranya wang tabungan masjid tidak mencukupi, JAIS hendaklah berusaha untuk mendapatkan dana daripada mana-mana sumber yang difikirkan sesuai;


(iv) Disyorkan supaya setiap masjid mewujudkan tabungan khas pendidikan bagi tujuan pendidikan ahli qariah.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/780-hukum-menggunakan-wang-tabung-masjid-bagi-pembayaran-saguhati-ahli-jawatankuasa-masjid-yang-menghadiri-kursus

Klik disini untuk mencetak