JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Isu-Isu Kewajipan Membayar Zakat Perniagaan


Kategori: Zakat
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah membincangkan Isu-Isu Kewajipan Membayar Zakat Perniagaan. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


(i) Hukum membayar zakat wajib ke atas semua bentuk perniagaan yang memenuhi tuntutan syarak samada perniagaan tersebut berdaftar atau pun tidak berdaftar.


(ii) Hukum membayar zakat adalah wajib ke atas semua kumpulan perniagaan Muslim dan syarikat perniagaan yang dimiliki oleh kerajaan samada Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Persekutuan.


(iii) Pembayaran zakat oleh syarikat yang dimiliki individu atau perkumpulan Muslim yang menjalankan perniagaan di negeri Selangor hendaklah dibuat di negeri Selangor.


(iv) Hukum membayar zakat perniagaan adalah wajib ke atas setiap syarikat dalam kumpulan yang terdiri dari pelbagai anak syarikat. Sekiranya syarikat induk telah membayar zakat yang wajib dikeluarkan oleh anak syarikat, maka anak syarikat tidak wajib membayar zakat.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/781-fatwa-isu-isu-kewajipan-membayar-zakat-perniagaan

Klik disini untuk mencetak