Hukum Penggunaan Wang Saham Wakaf, Majlis Agama Islam Selangor
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Wang Saham Wakaf, Majlis Agama Islam Selangor. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:
(i) Harus menggunakan wang saham wakaf untuk membiayai segala keperluan bagi mewujudkan sesuatu aset;
(ii) Harus menggunakan wang manfaat wakaf untuk membiayai segala kos penyelenggaraan berkaitan keperluan bangunan;
(iii) Pihak MAIS disyorkan agar mempergiatkan usaha untuk menyuburkan harta-harta wakaf yang telah diwujudkan supaya hasil atau manfaat wakaf yang diterima akan lebih member keuntungan;
(iv) Pihak MAIS hendaklah memastikan terlebih dahulu sesuatu harta yang diterima untuk tujuan diwakafkan adalah merupakan harta milik sempurna yang tidak ada sebarang tanggungan.
Sumber: