JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Ptptn) Berasaskan Konsep Ja'alah


Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah membincangkan berkenaan Pembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Ptptn) Berasaskan Konsep Ja'alah. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


(i) Bersetuju dengan cas perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN kepada pelajar atas konsep upah (Ijrah) dengan kadar yang munasabah dan tidak membebankan pelajar;


(ii) Pihak PTPTN boleh menuntut ganti rugi ( الغرامة ) kepada pelajar yang telah mendapat pekerjaan tetap dan berkemampuan dari segi aspek kewangan tetapi sengaja tidak mahu membayar semula pembiayaan PTPTN. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kerja tetap dan tidak berkemampuan daripada aspek kewangan tidak deikenakan ganti rugi ( الغرامة )


(iii) Pihak PTPTN hendaklah memberikan rebit ( إبراا ) kepada pelajar yang berjaya melaksanakan pembiayaan lebih awal daripada tamat tempoh perjanjian;


(iv) Bersetuju supaya pembiayaan PTPTN berasaskan konsep upah ini diaplikasikan kepada semua kategori pelajar di setiap peringkat pengajian dan terpakai kepada seluruh pelajar tanpa mengira agama dan bangsa.


(v) Sebarang perubahan ke atas dasar pembiayaan PTPTN yang sedia ada hendaklah merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/784-fatwa-pembiayaan-pendidikan-perbadanan-tabung-pendidikan-tinggi-nasional-ptptn-berasaskan-konsep-ja-alah

Klik disini untuk mencetak