Mewujudkan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 Kontrak Di Sekolah Rendah Agama (Sra), Sekolah Rendah Agama Intigrasi (Srai) Dan Ma’ahad Intigrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) Di Negeri Selangor
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2008 yang bersidang pada 2 Disember 2008 telah membincangkan Mewujudkan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 Kontrak Di Sekolah Rendah Agama (Sra), Sekolah Rendah Agama Intigrasi (Srai) Dan Ma’ahad Intigrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) Di Negeri Selangor. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:
(i) Bersetuju mewujudkan jawatan pembantu tadbir (kewangan) gred W17 kontrak di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Intigrasi (SRAI) dan Ma’ahad Intigrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) di Negeri Selangor mengikut keperluan guna tenaga yang optimum;
(ii) Harus menggunakan wang zakat dari peruntukan Asnaf Fisabilillah untuk membiayai Emolument Pegawai-pegawai yang telah dilantik.