JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mengenai Wang Zakat Bagi Membiayai Kos Berkaitan Kes Permohonan Perisytiharan Murtad Dalam Proses Istitabah Di Baitul Iman


Kategori: Zakat
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 5/2008 yang bersidang pada 2 Disember 2008 telah membincangkan Mengenai Wang Zakat Bagi Membiayai Kos Berkaitan Kes Permohonan Perisytiharan Murtad Dalam Proses Istitabah Di Baitul Iman. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


(i) Harus menggunakan wang zakat bagi membiayai kos berkaitan kes permohonan perisytiharan murtad dalam proses istitabah di Baitul Iman;


(ii) Sekiranya pemohon masih dalam tempoh muallaf (5 tahun) hendaklah wang tersebut digunakan dari peruntukan asnaf muallaf;


(iii) Sebaliknya jika pemohon telah melebihi tempoh muallaf (melebihi 5 tahun) hendaklah wang tersebut digunakan dari peruntukan asnaf fisabilillah. 


sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/788-fatwa-mengenai-wang-zakat-bagi-membiayai-kos-berkaitan-kes-permohonan-perisytiharan-murtad-dalam-proses-istitabah-di-baitul-iman

Klik disini untuk mencetak