JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Skim Takaful Hayat Berkumpulan Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain Intigrasi (Kafai) Negeri Selangor Darul Ehsan


Kategori: Zakat
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2008 yang bersidang pada 30 Disember 2008 telah membincangkan berkenaan Skim Takaful Hayat Berkumpulan Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain Intigrasi (Kafai) Negeri Selangor Darul Ehsan.

Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


Harus menggunakan Wang Zakat dari peruntukan Asnaf Fisabilillah untuk membiayai Caruman Skim Takaful Hayat Berkumpulan bagi Guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Intigrasi (KAFAI) Negeri Selangor Darul Ehsan.


Sumber: http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2008/791-fatwa-skim-takaful-hayat-berkumpulan-guru-kelas-al-quran-dan-fardhu-ain-intigrasi-kafai-negeri-selangor-darul-ehsan

Klik disini untuk mencetak