Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2009 yang bersidang pada 18 Mac 2009 telah membincangkan berkaitan Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:
(a) Bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.
(b) Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut.
Sumber: