JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera Malaysia


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2009 yang bersidang pada 12 Mei 2009 telah membincangkan berkaitan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera Malaysia. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut: 


(i) Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung samada manusia atau haiwan untuk tujuan peringatan atau sebagainya.


(ii) Walaubagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah tersebut memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan aqidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak.


(iii) Acara-acara seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan dihadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan berhampiran semasa meraikan perayaanperayaan yang berkaitan. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/736-hukum-pembinaan-monumen-peringatan-bagi-angkatan-tentera-malaysia

Klik disini untuk mencetak