JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Status Agama Anak Di Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2009 yang bersidang pada 4 Ogos 2009 telah membincangkan berkaitan Status Agama Anak Di Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut: 


i. Apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak di bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.


ii. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga memutuskan supaya perkara 12 (4) perlembagaan persekutuan yang memperuntukan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya tidak perlu dipinda.


iii. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah bersetuju dan membuat pindaan kepada perkara 21 (3) seperti berikut:


“Hak hadhanah hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Sivil dan syarat yang ditetapkan memberi keutamaan kepada status agama anak”


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/737-fatwa-status-agama-anak-di-bawah-umur-selepas-salah-seorang-pasangan-memeluk-islam

Klik disini untuk mencetak