JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pemeriksaan Kesihatan Kepada Bakal Pengantin Di Negeri Selangor

Kategori: Perubatan
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Bil.2/2005 yang bersidang pada 24 Mac 2005 telah membincangkan mengenai Pemeriksaan Kesihatan Kepada Bakal Pengantin Di Negeri Selangor. Mesyuarat bersetuju memutuskan:


i. Mewajibkan pelaksanaan Program Pemeriksaan Kesihatan kepada semua umat Islam di Negeri Selangor yang ;

a. Akan berkahwin dengan pasangannya di dalam dan di luar Negeri Selangor; dan

b. Telah berkahwin di luar Negara dan akan mendaftarkan semula di Negeri Selangor


ii. Ujian yang dijalankan ialah dengan cara ujian ‘rapid test’ yang dilakukan di klinik atau Pusat Kesihatan Kementerian Malaysia. Bagi mereka yang didapati tidak dijangkiti (non-reactive), maka proses permohonan pernikahannya akan dilakukan sebagaimana biasa. Namun bagi mereka yang telah dijangkiti (reactive) maka ujian darah akan dilakukan di makmal-makmal yang ditetapkan oleh Kementerian Malaysia. Jika didapati telah disahkan positif dijangkiti virus HIV maka akan dimestikan menghadiri sesi kaunseling. Tujuan kaunseling ialah bagi memastikan mereka faham kedudukan dirinya dan mengetahui akibat jika tiada langkah-langkah keselamatan. Sekiranya mereka yang perlu diikuti bagi memastikan virus tersebut tidak berjangkit kepada pasangan dan anak. Kaunselor yang bertindak atas dasar tanggungjawab akan memanggil pasangannya dan bagi mengelakkan daripada saling tuduh menuduh apabila telah berlangsungnya perkahwinan. Ahli keluarga rapat yang lain juga akan dipanggil jika perlu. 


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/858-pemeriksaan-kesihatan-kepada-bakal-pengantin-di-negeri-selangor

Klik disini untuk mencetak