JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Wang Zakat Bagi Pembiayaan Bakal-Bakal Haji Yang Diwartakan Oleh MAIS


Kategori: Zakat
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 4/2005 yang bersidang pada 9 Ogos 2005 telah membincangkan mengenai Penggunaan Wang Zakat Bagi Pembiayaan Bakal-Bakal Haji Yang Diwartakan Oleh MAISMesyuarat telah meneliti kertas tersebut dan membuat keputusan bahawa: 


Wang zakat tidak boleh digunakan bagi membiayai bakal haji yang ditawarkan oleh MAIS berdasarkan kepada bahawa: 


i. Bakal-bakal haji tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam asnaf zakat. 


ii. Kewajipan haji adalah berdasarkan kemampuan seseorang Islam sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 97 : mafhumnya: 


“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/860-penggunaan-wang-zakat-bagi-pembiayaan-bakal-bakal-haji-yang-diwartakan-oleh-mais

Klik disini untuk mencetak